Tea Bar Pantri Mini Terma & Syarat

a) Waranti & Moneyback Guarantee

  1. Warranty selama 30 hari.
  2. Terma UNIT adalah merujuk kepada sebuah Tea Bar Machine / Water Dispenser
  3. Penghantaran unit adalah dari China – Wemo.my store (Malaysia) – Pelanggan.
  4. Pihak Wemo.my akan melakukan Quality Check terlebih dahulu sebaik sahaja unit tiba dari China ke Wemo.my store (Malaysia). unit akan dibungkus dengan selamat dan rapi selepas proses Quality Check dilakukan. Seterusnya unit dihantar ke alamat pelanggan menggunakan perkhidmatan kurier Malaysia.
  5. Pengiraan warranty adalah 30 hari dari hari pelanggan menerima tracking number untuk penghantaran dari Wemo.my store (Malaysia) ke alamat pelanggan.
  6. Warranty adalah pertukaran unit yang rosak kepada unit yang baharu. (Rujuk perkara 14 dan 15)
  7. Pertukaran unit yang rosak kepada yang baharu akan dibuat segera selepas pihak Wemo.my menerima unit yang rosak dari pelanggan. Tiada sebarang cas dikenakan termasuk cas penghantaran dari Wemo.my store (Malaysia) ke alamat pelanggan untuk penggunaan waranti pertama kali.
  8. Pelanggan boleh menghantar unit yang rosak dengan menggunakan perkhidmatan kurier yang akan ditetapkan pihak Wemo.my. Pihak Wemo.my akan membiayai sepenuhnya kos perkhidmatan kurier untuk proses penghantaran unit yang rosak dari pelanggan ke Wemo.my store.
  9. Pertukaran unit yang rosak kepada yang baharu akan dibuat SEGERA sekiranya stok masih ada di Wemo.my store. Sekiranya tiada stok di Wemo.my store, unit yang baharu akan diterima pelanggan dalam jangka masa 4 hingga 8 minggu. Ini kerana penghantaran unit adalah dari China – Wemo.my store (Malaysia) – Pelanggan.
  10. Unit yang sudah dibuat pertukaran dari rosak kepada yang baharu diberi warranty selama 30 hari dari hari pelanggan menerima tracking number untuk penghantaran dari Wemo.my store (Malaysia) ke alamat pelanggan. Sekiranya berlaku juga kerosakan untuk unit baharu yang diterima selepas dari proses pertukaran unit yang rosak tersebut, pelanggan akan menerima 100% Moneyback Guarantee.
  11. 100% Moneyback Guarantee SAH untuk perkara ’10’ DAN ’12’ sahaja.
  12. Semua pertukaran semasa dalam tempoh waranti adalah berdasarkan kesediaan stok semasa. Sekiranya tiada stok, Wemo.my akan memberi 100% Moneyback Guarantee.
  13. Tiada sebarang pertukaran unit yang rosak kepada yang baharu dan tiada 100% Moneyback Guarantee (untuk perkara ’10’) selepas tamat 30 hari warranty.
  14. Warranty selama 30 hari dan (100% Moneyback Guarantee (untuk perkara ’10 dan 12’)) SAH (kecuali sub-perkara ‘3’ di bawah) sekiranya terdapat :
    1. Kerosakan sistem dan fungsi elektronik termasuk sistem pemanasan dan penyejukan
    2. Air tidak mengalir keluar
    3. Pecah atau patah pada mana-mana bahagian unit akibat dari kecuaian pihak kurier (SAH selama 12 jam selepas pelanggan menerima unit dari pihak kurier – Sekiranya berlaku pecah atau patah pada mana-mana bahagian unit selepas 12 jam adalah dikira sebagai kecuaian pelanggan) – *NOTA : Pihak Wemo.my sudah membuat Quality Check dan pembungkusan yang selamat dan rapi sebelum proses penghantaran dibuat. Sebarang kerosakan pecah atau patah pada mana-mana bahagian unit adalah dari kecuaian pihak kurier.
  15. Warranty selama 30 hari dan (100% Moneyback Guarantee (untuk perkara ’10’)) TIDAK SAH sekiranya terdapat :
    1. Sticker Quality Check dikoyak/terkoyak atau ditanggal/tertanggal
    2. Calar kecil
    3. Koyak kecil
    4. Bintik warna
    5. Bintik gelap
    6. Sedikit kemek
    7. Pecah atau patah pada mana-mana bahagian item akibat dari kecuaian pelanggan
  16. Baca dan faham dahulu perkara 1 hingga 15 sebelum proses warranty dibuat.
  17. Proses warranty boleh terus dibuat menerusi aplikasi Whatsapp di talian 013-2014005 dengan menyatakan :
    1. Order Number (lihat resit pada email dari Wemo.my yang telah diberi selepas pembayaran dibuat)
    2. Gambar Warranty Card bersama unit yang rosak
    3. Nama
    4. Email ketika membuat pembelian
    5. Menyatakan kerosakan
    6. Gambar kerosakan
    7. Video kerosakan
  18. Free Shipping untuk seluruh Semenanjung Malaysia sahaja. Bagi Sabah, Sarawak & Labuan terdapat cas penghantaran tambahan.

 

b) Extended Warranty

  1. Extended Warranty adalah ‘add on’ kepada waranti sedia ada.
  2. Waranti sedia ada adalah selama 30 hari, manakala Extended Warranty adalah selama 180 hari (6 bulan).
  3. Extended Warranty adalah ‘optional’ kepada pelanggan yang mahukan waranti yang lebih lama.
  4. Pelanggan perlu membeli Extended Warranty.
  5. Setiap pembelian 1 Extended Warranty adalah hanya untuk 1 unit.
  6. Waranti sedia ada selama 30 hari akan terbatal dan Extended Warranty selama 180 hari (6bulan) akan digunapakai setelah pelanggan membuat pembelian Extended Warranty.
  7. Extended Warranty hanya sah untuk pembelian dengan unit. Tidak boleh beli berasingan. Pihak Wemo.my akan mengembalikan wang kepada pelanggan sekiranya pelanggan membeli Extended Warranty secara berasingan.
  8. Pengiraan warranty adalah 180 hari (6 bulan) dari hari pelanggan menerima tracking number untuk penghantaran dari Wemo.my store (Malaysia) ke alamat pelanggan.
  9. Sekiranya pelanggan sudah menggunakan waranti dalam mana-mana masa di dalam jangka waktu 180 hari, waranti berikutnya untuk unit baharu akan dikira semula selama 30 hari.
  10. Rujuk bahagian a) untuk maklumat lengkap mengenai waranti dan moneyback guarantee.